Powered By Blogger

Monday, December 14, 2015

My Life Sweet Serenade ~AsPer


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kawan-kawan se-batch sebab beri aku peluang untuk join “The Next Stage”. First of all, aku ucapkan tahniah untuk calon-calon SPM 2014 yang telah berjaya mengharungi cabaran dan rintangan semasa minggu-minggu peperiksaan dijalankan. So apa cerita korang sekarang ? Dah terfikir untuk sambung belajar ke mana ? 

Aku calon SPM2014 dan sekarang belajar kat Universiti Putra Malaysia. Top 5 university di Malaysia. Aku budak jurusan Asasi Sains Pertanian atau dikenali juga sebagai ASPER. Actually UPM ada dua tau, satu di Serdang Selangor yg menempatkan budak degree dan asasi, satu lagi di Bintulu Sarawak. Kat sini aku nak fokuskan kat UPM Serdang je lah ea memandangkan aku pun tak pernah pergi Bintulu tuh.


Pintu utama Universiti Putra Malaysia.
UPM nii dikenali sebagai kampus hijau. Banyak ladang-ladang ternakan, ladang tanaman dan juga kawasan rekreasi yang sangat cantik. Serious tak tipu. Aku banyak kali jugaklah terjumpa pasangan pengantin or family yang bergambar kat UPM nih. Even UPM nihh pun jadik pusat tarikan produksi filem tau, macam ceritaa Lagenda Budak Setan, Magika. Akibat pencemaran di bumi kita nihh semakin buruk, UPM sangat-sangat mengalakkan penggunaan basikal serta berjalan kaki berbanding penggunaan kenderaan bermotor. Lorong untuk berbasikal juga disediakan untuk keutamaan dan keselamatan pengguna. Jangan risau, UPM menyediakan kemudahan bas untuk kemudahan pelajar dan staf. Hujung minggu kalau nak keluar pun ada disediakan bas. KTM Serdang tak jauh pun dari UPM nihh. So korang boleh jer berjalan ke mana pun korang nak pergi, nak balik pun senang. Syok ah. 

ASASI SAINS PERTANIAN. 

Aku confirm korang mesti fikir,

“PERTANIAN??? Kenapa pertanian ?? Nak jadi petani ke ? Penat je belajar pepandaii. Kami nak jadi doctor, engineer taknak lah jadi petani. “

Haa nii yang aku nak cerita sikit pasal ASPER inii. Sebenarnya Asasi UPM nihh sama jer macam asasi kat universiti lain cuma tambah satu subjek jer, pertanian. Lepasan ASPER nii tak semestinya waktu degree akan ambil course berkaitan pertanian jer. Actually banyak course yang ditawarkan untuk budak ASPER, medic, engineering, veterinar, architecture, education semua ada kat UPM nii. Kalau korang pilih UPM ini korang dah selangkah masuk ke universiti wehh. Pemilihan budak untuk ke degree UPM pun mereka akan utamakan budak ASPER paling kurang pun korang tercampak masuk ke diploma UPM. Lagi satu, nak join course pertanian nihh bukan mudah tau. Pertanian UPM nihh dikenali kut kat dunia nihh, jangan pandang sebelah mata jer.


Asasi Sains Pertanian UPM ini mempunyai 3 semester setahun. Satu semester 3.5 bulan, kalau mak kau mengandung pun tak nampak lagi perutnya membesar. Satu semester korang akan mengambil 5 subjek wajib dan satu subjek elektif. Subjek wajib matematik, kimia, biologi, fizik, pertanian dan subjek elektif sains computer dan bahasa inggeris. Perlu diingatkan bahawa untuk masuk ke asasi nih korang kena ada basic biologi. Maksud aku kat sini, time SPM korang dah spend time dengan biologi, so baru ada tempat kat asper.

Okay aku nak cerita pasal subjek pertanian sebab yang lain semua sama jer. Subjek pertanian ini adalah subjek yang paling senang (seriously senang) dan dapat membantu korang untuk mendapatkan 4 flat. Kalau pointer korang kurang memuaskan dalam subjek sains hah ni la masanya subjek pertanian menjadi hero. Speciality dalam subjek pertanian ialah amali dia. Amali pertanian ini paling best dan dapat menghilangkan stress belajar. Dalam amali pertanian semester satu korang akan dibawa explore seluruh kawasan UPM dari ladang-ladang sampailah ke Hutan Simpan UPM. Time semester dua korang akan didedahkan pula dengan dunia makanan dari fakulti sampailah ke kilang-kilang. Semester tiga korang akan didedahkan dengan dunia keusahawanan. See?? Menarikk bukan??

Amali pertanian semester satu kami dibawa melawat ke ladang buah-buahan and buah yang dipetik tuh free untuk dimakan. hehe.

Kilang yang dilawati semasa amali pertanian semester dua.
“Life has no remote, get up and change it yourself.”

Pada pandangan aku lah, pembelajaran kat sini kurang stress lahh nak dibandingkan dari tempat lain. Jadual belajar korang tak pack pun. Sehari korang belajar paling banyak dalam 3 subjek gitu je. Gap antara kelas paling sekejap 1 jam so korang sempatlah nak buat persediaan sebelum masuk ke kelas seterusnya. Satu semester korang akan menjalani 2 ujian dan 1 peperiksaan besar iaitu final. Tapi korang jangan risau lah, lecturer and staf Pusat Asasi memang daebakk. Dia orang suka membantu tapi korang kenalah mulakan langkah untuk bantu diri korang dulu sebelum mengharapkan orang lain untuk bantu korang. UPM nihh sangat bebas, dari segi pemakaian, pergaulan dan etc. Nak berjimba bagai boleh tapi korang jangan lupa tujuan utama korang datang ke UPM nii. Okay ??


Sorry aku lupa nak mention, kalau korang bernasib baik dalam percubaan SPM, korang boleh join Asasi Sains Pertanian tau. Korang akan join Program Laluan Pantas dan dikenali juga sebagai FAST TRACK. Kebaikan korang join Fast Track niihh korang akan masuk degree awal dari budak asper yang sebaya umur dengan korang. Kira macam senior lahh wehh. Tapi for those yang nak jadi doktor, fast track nihh tidak sesuai untuk anda yaa. hoho.

Sampai sini je lahh kutt cerita aku. Jika ada apa-apa permasalahan bolehlah nyatakan di ruangan komen dan saya sertakan laman sesawang ini untuk rujukan anda.
http://www.asasi.upm.edu.my/
Akhir kalam, harap entry ini dapat membantu awak-awak kat luar sana untuk membuat pilihan yang bijak.  Good Luck. Wallahualam. 

“Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

-Imam Syafie-

No comments:

Post a Comment